Monday, February 22, 2010

Pedihnya Cinta Tak Berbalas

3

Assalamualaikum semua.. Ini merupakan post pertama Miss Cinta untuk berfalsafah tentang cinta. Pedihnya cinta tak berbalas. Miss Cinta akui, Miss Cinta pernah mengalaminya sendiri. Miss Cinta tak ade lah cakap terang-terangan bahawa Miss Cinta suka padanya, cuma Miss Cinta bagi hint kepada jejaka tersebut. Malangnya, jejaka itu tak dapat tangkap hint yang Miss Cinta berikan..


Itu mukadimahnya. Peritnya cinta tak berbalas ini hampir sama sahaja dengan orang yang putus cinta ataupun orang kata 'clash' . Iya ke? Bagi pendapat Miss Cinta, lebih kurang lah. Hehe.


Setelah sekian lama Miss Cinta memendam perasaan Miss Cinta pada jejaka tersebut, hinggalah suatu hari Miss Cinta dapat tahu dia telah berpunya. Hampir tersentak juga perasaan Miss Cinta ketika mendapat tahu perkara itu. Tapi, Miss Cinta kan seorang gadis cool, Miss Cinta bawa bertenang sahaja..


Bertambah luka di hati apabila terserempak jejaka yang Miss Cinta minati itu bersama gadisnya. Gadis itu pula boleh dikatakan rakan Miss Cinta sendiri. Sejak hari itu, terus perasaan Miss Cinta kepada jejaka itu semakin luput. Miss Cinta tahu, jejaka tersebut bukanlah untuk Miss Cinta, jadi tak perlulah simpan perasaan padanya lagi..


Sedihkan kisah Miss Cinta? Cintanya tak kesampaian. Kesimpulannya, kepada mereka yang menyimpan perasaan kepada seseorang, persiapkan diri secara mental dan fizikal. Mana lah tahu esok lusa dapat tahu orang yang kta minati itu sudah berpunya. Parah jadinya!


Ini kisah Miss Cinta, anda yang ada pengalaman putus cinta atau cinta tak kesampaian, boleh lah share juga..

Salam Sayang,
Miss Cinta...

Sunday, February 21, 2010

Salam Kenal dari Miss Cinta

2
hai semua..
saya miss cinta..
sebelum ini saya hanya lihat rakan-rakan yang ada blog..
tiba-tiba,
teringin nak berblog juga..
apa orang kata,
ikut trend lah katakan..

miss cinta tak ade lah pakar sangat bab penulisan ni,
tapi sikit-sikit bolehlah..
harap anda semua bagi sokongan dekat miss cinta,
okey?..

sebelum menulis post pertama,
miss cinta nak perkenalkan diri dahulu..
nama miss cinta..
saja miss cinta taknak guna nama sebenar..
sebab malu kalau rakan-rakan miss cinta tahu yang miss cinta ada blog..
hehe..

miss cinta masih bergelar seorang pelajar..
masih lagi bergelar single but not available..
ada keluarga yang sangat menyayangi miss cinta..
dan ada rakan-rakan yang sangat supportive..
terima kasih semua!

sekian..
jangan lupa follow blog miss cinta kalau sudi..
hehe..
miss cinta tak paksa..
miss cinta akan berusaha untuk tulis entry-entry menarik untuk tatapan pembaca semua..

bye!
 

Friends

Blog List