Monday, February 22, 2010

Pedihnya Cinta Tak Berbalas


Assalamualaikum semua.. Ini merupakan post pertama Miss Cinta untuk berfalsafah tentang cinta. Pedihnya cinta tak berbalas. Miss Cinta akui, Miss Cinta pernah mengalaminya sendiri. Miss Cinta tak ade lah cakap terang-terangan bahawa Miss Cinta suka padanya, cuma Miss Cinta bagi hint kepada jejaka tersebut. Malangnya, jejaka itu tak dapat tangkap hint yang Miss Cinta berikan..


Itu mukadimahnya. Peritnya cinta tak berbalas ini hampir sama sahaja dengan orang yang putus cinta ataupun orang kata 'clash' . Iya ke? Bagi pendapat Miss Cinta, lebih kurang lah. Hehe.


Setelah sekian lama Miss Cinta memendam perasaan Miss Cinta pada jejaka tersebut, hinggalah suatu hari Miss Cinta dapat tahu dia telah berpunya. Hampir tersentak juga perasaan Miss Cinta ketika mendapat tahu perkara itu. Tapi, Miss Cinta kan seorang gadis cool, Miss Cinta bawa bertenang sahaja..


Bertambah luka di hati apabila terserempak jejaka yang Miss Cinta minati itu bersama gadisnya. Gadis itu pula boleh dikatakan rakan Miss Cinta sendiri. Sejak hari itu, terus perasaan Miss Cinta kepada jejaka itu semakin luput. Miss Cinta tahu, jejaka tersebut bukanlah untuk Miss Cinta, jadi tak perlulah simpan perasaan padanya lagi..


Sedihkan kisah Miss Cinta? Cintanya tak kesampaian. Kesimpulannya, kepada mereka yang menyimpan perasaan kepada seseorang, persiapkan diri secara mental dan fizikal. Mana lah tahu esok lusa dapat tahu orang yang kta minati itu sudah berpunya. Parah jadinya!


Ini kisah Miss Cinta, anda yang ada pengalaman putus cinta atau cinta tak kesampaian, boleh lah share juga..

Salam Sayang,
Miss Cinta...

3 comments:

Anonymous said...

hye miss cinta.saya ila. saya nkbertanya kalau kita sayang dekat orang tuh tp dye selalu menyakitkan hati ,apa perlu kita buat ?

Anonymous said...

Hye miss cinta sye ecah,sye nk tnye mcm mane nk dptkn lelaki yang dcntai kmbali

Anonymous said...

Salam , hye miss cinta .. Sya shahira ...Sya ada se'org kekasih .. Kmi bru jak knlan .. Sya ingin m'jaga htinya .. Tapi dgn cara apa ?

 

Friends

Blog List